TAPAH 19 Okt. – Seorang lelaki berusia 25 tahun direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pukul seorang pekerja sebuah stesen minyak di Sungkai pada awal bulan ini yang tular dalam media sosial baru-baru ini. Perintah reman terhadap suspek terbabit dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Suspek yang ditahan semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya