Suspek langgar lari direman - Utusan Malaysia

Suspek langgar lari direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Tiga lelaki berketurunan Arab dan seorang wanita tempatan ditahan kelmarin susulan kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian di Shaftsbury Square, Cyberjaya.

Dalam kejadian menya­yat hati yang berlaku pada pukul 7.34 malam Khamis lalu, mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Putrajaya pada pukul 4 pagi kelmarin.

Penahanan di­buat oleh sepa­sukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Selangor pada pukul 12 tengah malam membabitkan seorang lelaki Yemen berusia 22 tahun di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisio­ner Abdul Aziz Ali berkata, susulan itu pihaknya mela­kukan serbuan di sebuah kediaman di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya dan menahan dua warga Libya berusia 24 dan 20 tahun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN