Suri rumah maut, dua lagi cedera dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Suri rumah maut, dua lagi cedera dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seorang suri rumah maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan  membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Salak – Jenderam di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, wanita berusia 50 tahun itu merupakan pemandu kenderaan jenis Toyota Innova meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang lelaki dalam kenderaan sama mengalami kecederaan di bahagian muka. 

Seorang lagi pemandu MPV jenis Toyota Avanza mengalami kecederaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Polis Abdul Aziz Ali berkata, siasatan awal polis mendapati kenderaan dipandu suri rumah itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Toyota Avanza. 

“Kejadian itu berlaku di jalan lurus dan mendaki. Permukaan jalan kering, cahaya terang siang. Kedua-dua kenderaan rosak teruk di bahagian hadapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Aziz berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat manakala kedua-dua  yang cedera mendapat rawatan di hospital yang sama. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini