Sungai Klang akan jadi sumber ekonomi baharu Selangor - Utusan Malaysia

Sungai Klang akan jadi sumber ekonomi baharu Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sungai Klang akan dijadikan sumber baharu ekonomi Selangor menerusi Projek Selangor Marime Gateway (SMG).

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, projek merangkumi keluasan 35,612 hektar di sepanjang Sungai Klang itu akan menekankan konsep penjanaan semula bandar. 

Katanya, ini melibatkan komponen seperti perdagangan, perhotelan, pelancongan, perumahan dan industri perkhidmatan. 

“Secara langsung, projek ini dapat meningkatkan tahap kebersihan kualiti air di dalam lembangan dan rizab Sungai Klang sekurang-sekurangnya pada tahap kelas kedua. 

“Langkah ini juga dapat mengenal pasti punca-punca pencemaran, memantau serta menguatkuasakan peraturan undang-undang pelepasan sisa buangan ke dalam sungai,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia peringkat negeri Selangor di sini sebentar tadi. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk merasmikan sambutan berkenaan. 

Turut hadir adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. 

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan melalui kebersihan dan keindahan Sungai Klang itu dijangka dapat dijadikan alternatif pengangkutan awam seperti teksi sungai dan bas air dari muara Sungai Klang hingga ke kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN