Sumbangan RM60,000 waris anggota Bomba yang terkorban - Utusan Malaysia

Sumbangan RM60,000 waris anggota Bomba yang terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Jasa enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang terkorban dalam kejadian arus deras pada awal bulan ini terus mendapat perhatian apabila pihak waris mangsa menerima sumbangan sebanyak RM60,00 dari Persatuan Takaful Malaysia (MTA), di sini hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri di sebuah majlis di Lanai Kijang, Bank Negara oleh Pengerusi MTA, Muhamad Fikri Muhamad Rawi kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Azmi Osman bagi mewakili pihak waris.

Pengerusi Korporat Komunikasi MTA, Shahrul Azlan Shahriman berkata, MTA sudi untuk memberikan sumbangan ini sebagai bantuan tambahan bagi meringankan beban waris-waris anggota bomba yang terkorban itu.

“Mereka merupakan hero yang tidak didendang namun menjadi tanggungjawab orang awam yang lain yang sentiasa mendapat bantuan anggota bomba untuk menghulurkan sumbangan kepada waris yang telah kehilangan ketua keluarga mereka akibat kejadian yang malang itu,” katanya.

Pada majlis itu turut dilancarkan sistem transaksi baru untuk urusan takaful secara dalam talian yang dikenali sebagai Direct Channel Distribution yang telah bermula sejak Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN