KUALA LUMPUR 12 Okt. – Penampilan pertama Mohamadou Sumareh bersama skuad Harimau Malaya memberi impak besar apabila dia meledak dua gol ketika membantu Malaysia membenam Sri Lanka 4-1 dalam aksi persahabatan kelas A di Stadium Sugathadasa, Colombo, sebentar tadi. Biarpun anak-anak buah Tan Cheng Hoe dikejutkan dengan ketinggalan 0-1, namun mereka berjaya bangkit untuk melakar kemenangan keempat bermula dengan menumpaskan Bhutan 7-0 (1 April), Fiji 1-0 (5 Julai) dan Kemboja 3-1 pada 10 September. Selepas bermula hambar pada babak pertama, kemasukan Sumareh, yang hanya melapor diri pada hari terakhir sesi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya