Sumareh jangan takut – Cheng Hoe - Utusan Malaysia

Sumareh jangan takut – Cheng Hoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) berharap pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh dapat beraksi dengan baik kerana dikhuatiri dia berdepan tekanan kerana ramai yang akan tertumpu kepada persembahannya dalam aksi persahabatan antarabangsa bertemu Sri Lanka di Stadium Sugathadasa, Colombo malam ini.

SENTUHAN Sumareh menjadi taruhan skuad Harimau Malaya untuk merobek
SENTUHAN Sumareh menjadi taruhan skuad Harimau Malaya untuk merobek gawang Sri Lanka pada aksi persahabatan di Stadium Sugathadasa, Colombo malam ini.

Aksi persahabatan itu merupakan persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) Suzuki 2018 bermula 8 November hingga 15 Disember yang mana Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

“Memang kita harap Sumareh dapat bermain dengan baik kerana mungkin dia akan berasa tertekan kerana harapan pe­minat terhadapnya terlalu tinggi ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan mudah untuk berdepan situasi itu ketika berada di atas padang, namun saya berharap dia dapat menguruskannya dengan baik ketika berdepan Sri Lanka nanti.

“Saya lihat dia masih mengalami keletihan selepas baru selesai aksi separuh akhir Piala Malaysia dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya berharap Sumareh akan kembali cergas seperti sedia kala dalam masa terdekat dan pada masa sama, pasukan juga telah menunjukkan beberapa petanda positif,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Colombo Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Pada masa sama, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan menambah bila­ngan pemain naturalisasi pada masa hadapan sekiranya terdapat pemain yang bagus selepas ini.

Cheng Hoe mengambil keputusan de­ngan menyenaraikan Nik Akif Syahiran Nik Mat dari Kelantan untuk melengkapkan senarai 22 pemain dibawa ke Colombo selepas bekas pengendali Kedah itu menggugurkan tiga pemain yang cedera iaitu ­Rawilson Batuil, Nor Hakim Hassan dan Akram Mahinan.

“Saya harap semua pemain kali ini dapat mencari satu kombinasi terbaik kerana kita agak ketandusan untuk mencari gol buat masa ini.

“Kami masih cari keserasian meskipun jika dilihat dari segi ranking pihak lawan, mereka tidak begitu baik tetapi saya tetap menganggap ia bukan satu perkara yang mudah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini