BENTONG – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan perkembangan positif, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda. “Alhamdulillah… saya baru dapat laporan terkini pada petang tadi bahawa tuanku masih beristirahat dan masih dalam jagaan doktor di IJN. “Nampak ada improvement tapi masih lagi dalam pengawasan. Sama-sama…










