KEMAHIRAN berbahasa Inggeris sering kali ditekankan dalam banyak aspek pendidikan di pelbagai peringkat pengajian. Kecekapan penggunaan bahasa tersebut bukan sahaja membantu seseorang itu berkomunikasi secara global tetapi proses pembelajaran berkenaan turut membolehkan seseorang itu meneroka teknik pembelajaran yang bermanfaat untuk cabang ilmu yang lain. Menurut buku Pembongkaran Strategi Rahsia: Kuasai Bahasa Inggeris, lebih kurang 1.5 bilion manusia di dunia bertutur dalam bahasa Inggeris manakala satu bilion lagi sedang mempelajarinya. Hampir…










