Suhu 'Bumbung Dunia’ di Tibet meningkat tiga kali ganda - Utusan Malaysia

Suhu ‘Bumbung Dunia’ di Tibet meningkat tiga kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 27 Okt. – Suhu di Dataran Tinggi Tibet-Qinghai, timur laut China yang digelar sebagai ‘Bumbung Dunia’ meningkat tiga kali ganda lebih pantas daripada purata suhu dunia.

Dataran seluas lebih 1,000 kilometer (km) dari utara sehingga selatan dan sejauh 2,000 km dari timur ke barat merupakan sumber kepada banyak sungai terpanjang di dunia termasuk sungai Yangtze.

Dataran berkenaan juga menempatkan ekosistem yang sensitif kepada pemanasan global.

Purata suhu di bahagian Qinghai meningkat 0.43 darjah Celsius setiap tahun berbanding peningkatan suhu dunia iaitu 0.12 darjah Celsius dalam tempoh yang sama, lapor agensi berita Xinhua.

Statistik itu mendedahkan, kawasan tersebut juga semakin lembap antara 1961 dan 2017 dengan kadar hujan tahunan meningkat 8.0 milimeter (mm) setiap tahun. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN