Sudah tiba masanya! - Utusan Malaysia

Sudah tiba masanya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Arahan kerajaan supaya Pahang dan Perak menghentikan pengeluaran permit baharu penerokaan tanah di Cameron Highlands termasuk yang berhampiran tanah tinggi itu ibarat ‘hadiah’ kepada sektor pelancongan dan paling utama demi menyelamatkan alam sekitar.

Apa tidaknya, pengumuman itu membuktikan kerajaan amat prihatin terhadap masalah penerokaan berleluasa sehingga tanah tinggi itu boleh disifatkan seperti ‘bom jangka’ yang bakal musnah pada bila-bila masa akibat dilanda tanah runtuh.

Malah pengumuman Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar semalam agar penerokaan dihentikan serta-merta juga membuktikan kepekaan kerajaan seiring dengan laporan khas bersiri Utusan Malaysia bermula 16 Oktober lalu yang mendedahkan secara komprehensif berkaitan isu berkenaan.

Lebih menggembirakan, masalah itu turut mendapat perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang bertitah kepada kementerian terbabit supaya mengarahkan semua aktiviti pembangunan dan pertanian di kawasan tanah tinggi berhampiran sempadan Perak dihentikan segera.

Dalam laporan bersiri itu, Utusan Malaysia mendedahkan punca, bahaya serta impak yang bakal melanda Came­ron Highlands sekiranya masalah itu masih tidak dipandang serius.

Apa yang membimbangkan, aktiviti menarah bukit selain penerokaan tanpa batasan bagi tujuan pembangunan dan projek pertanian itu bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan yang mencatatkan kunjungan hampir 740,000 setahun malah paling menakutkan mampu me­ngundang risiko terhadap kehilangan nyawa.

Apapun, arahan kerajaan itu bertepatan de­ngan keadaan yang semakin meruncing di tanah tinggi berkenaan apatah lagi selepas tiga warga Myanmar maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kampung Tiga, Terla, Cameron Highlands, pada 14 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN