KUALA LUMPUR – Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, penyanyi Zamani gagal melontarkan suara bagi menyanyikan lagu tugasannya, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert kelima Gegar Vaganza 5 hari ini. Zamani, yang duduk di atas kerusi dilihat menangis dan tunduk memandang lantai apabila gagal mengeluarkan suara sementara band iringan telah mula memainkan muzik. Bagi menaikkan semangat, penonton dan pengacara, Nabil Ahmad serta Jihan Muse sama-sama menyanyikan lagu berkenaan sehingga…










