BATU PAHAT 27 Okt. – Sepasang suami isteri antara 10 suspek membabitkan tujuh lelaki dan tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki sehingga mati di daerah ini, Selasa lalu.
Kesemua mereka berusia antara 24 hingga 38 tahun, manakala pasangan berkenaan berumur 34 dan 38 tahun yang kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, kes berkenaan dipercayai berlaku pada Selasa lalu, manakala mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia pada pukul 5.15 petang keesokan harinya.
Menurutnya, mangsa pada awalnya mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri ketika dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.
“Mangsa dipercayai telah dilarikan dan dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas seorang suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
“Berdasarkan maklumat dan risikan, tangkapan pertama telah dilakukan ke atas dua wanita berumur 36 dan 38 tahun, kelmarin dan mereka kini direman sehingga Rabu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.











