JOHAN. Pasukan bola jaring wanita Sekolah Sukan Titiwangsa (SST), Kuala Lumpur muncul juara pada Kejohanan Grand Finale Sekolah Sukan Negeri Challenge U14 2018 di Sekolah Sukan negeri Perak (SSNP), Ipoh baru-baru ini. SST muncul juara setelah menewaskan SSNP pada kejohanan akhir. Sebanyak 12 buah sekolah sukan negeri seluruh negara menyertai kejohanan ini yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Malaysia.










