KUALA LUMPUR 17 Okt. – Sebanyak 291 barangan atau 70 peratus daripada 417 barangan, mencatatkan penurunan harga sejak cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, analisa perubahan harga itu dilakukan berdasarkan perbandingan harga purata antara Mei dan September 2018. Menurutnya, sebanyak 115 barangan atau 27 peratus mengalami kenaikan purata manakala 11 barangan iaitu tiga peratus tiada perubahan harga.…










