SSQS: Bilangan sekolah lima bintang meningkat - Utusan Malaysia

SSQS: Bilangan sekolah lima bintang meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) bagi kesemua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya mencapai taraf pembestarian sekurang-kurangnya tiga bintang.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ismail Musa berkata, sebanyak 37 sekolah mendapat lima bintang, 218 empat bintang dan 43 lagi tiga bintang daripada keseluruhan 298 sekolah.

“Bilangan sekolah yang mendapat lima bintang meningkat daripada 17 buah pada 2016 kepada 37 buah tahun lalu. Tahniah kepada semua dan kita berharap tahun ini jumlah ini akan terus bertambah.

“Pelbagai kemudahan peralatan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) yang dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan sepatutnya dapat membantu tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Anugerah Teknologi Pendidikan dan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di Bukit Kiara, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah BTP Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainuddin Othman dan Ketua Sektor Pembestarian Sekolah, Dr. Suhaimi Kadir.

Terdahulu Zainuddin berkata, penganjuran kali kedua majlis anugerah itu bertujuan untuk mengiktiraf warga sekolah yang menjayakan program dan aktiviti pembestarian sekolah dan Tokoh Nilam.

“Penganugerahan berkonsepkan Anugerah Pembestarian Sekolah ini selaras dengan Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan bagi mengiktiraf sekolah, guru, murid dan individu tertentu mengikut kategori pertandingan disertai,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN