KUALA LUMPUR 9 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, e-mel atau apa-apa medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan. Menurut kenyataannya, suruhanjaya tersebut menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut sejak kebelakangan ini. “Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada…










