SPRM geledah rumah Mohd. Irwan Siregar - Utusan Malaysia

SPRM geledah rumah Mohd. Irwan Siregar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Okt.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah di Presint 8 di sini.

Mohd. Irwan Siregar dibawa oleh lima pegawai SPRM ke rumahnya pada pukul 4.30 petang dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey bewarna emas.

Menurut sumber, SPRM ke rumah Mohd. Irwan Siregar untuk menggeledah bagi mendapatkan bukti mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Memuatkan artikel berkaitan…

Operasi mengeledah rumah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu berakhir 15 minit kemudian sebelum Mohd. Irwan Siregar dibawa semula ke ibu pejabat SPRM untuk meneruskan sesi mengambil keterangan.

Ketika keluar dari rumah Mohd Irwan Siregar, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit dan dua pasang blazer atau kot dipercayai milik Mohd. Irwan Siregar.

Beberapa petugas media yang terdiri daripada wartawan dan jurugambar turut berada di rumah Mohd. Irwan Siregar untuk merakam sesi geledah itu namun, dihalang oleh ahli keluarganya.

Jurugambar turut diminta oleh ahli keluarga Mohd. Irwan Siregar agar memadam gambar yang diambil kerana dakwa mereka tindakan itu seolah-olah tidak menghormati privasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini