PUTRAJAYA 22 Okt.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga orang saksi bagi membantu perbicaraan dan siasatan kes oleh suruhanjaya itu.
Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, individu pertama dicari ialah Tee Wee Sing, 41, yang mempunyai dua alamat iaitu di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, 83000 Batu Pahat, Johor dan Nombor 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor.
Katanya, individu kedua pula ialah Ho Kok Seng, 40, yang mempunyai tiga alamat iaitu di Nombor 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor, Nombor 16, Jalan 2, Taman Mutiara, Jalan Kluang, Johor dan Nombor 98, S/S2, Taman Sri Senggarang 11, 83200 Senggarang, Johor.
“Kedua-dua lelaki tersebut dikehendaki untuk membantu perbicaraan kes SPRM.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wee Sing dan Kok Seng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel ke [email protected] ,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut suruhanjaya itu, seorang lagi yang dicari SPRM ialah Bashron Abu Bakar, 42, yang mempunyai alamat terakhir di Kampung Bubul Lama, 91300 Semporna, Sabah.
“Bashron dikehendaki untuk membantu siasatan kes SPRM Sabah melibatkan cawangan di Sandakan.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Zaidatul Faznie Zakaria di talian 012-816 8687,” katanya.-UTUSAN ONLINE










