Sotong dirompak - Utusan Malaysia

Sotong dirompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 26 Okt. -Seorang pegawai kanan sebuah agensi penguatkuasaan berpangkat leftenan bersama adik dan abangnya antara lima ditahan polis kerana melakukan rompakan sotong bersenjata di perairan Rompin, dekat sini kelmarin.

AZLI MOHD. NOOR
AZLI MOHD. NOOR 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, mangsa seorang peniaga berusia 44 tahun menerima panggilan telefon daripada tekong bot miliknya pada pukul 3.14 pagi memaklumkan dia diugut dengan diacukan sepucuk pistol.

“Tekong memaklumkan bot mereka bersama sembilan awak-awak warga Vietnam dan hasil tangkapan sotong seberat satu tan dihampiri suspek yang menaiki sebuah bot fiber.

“Suspek mengaku sebagai polis marin dan meminta mangsa menyediakan wang sebanyak RM10,000. Pada masa sama, suspek memukul tekong dan mengacukan pistol lalu melarikan sotong seberat satu tan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Azli, beberapa jam kemudian mangsa menyerahkan sebanyak RM2,000 kepada suspek selepas mengatur pertemuan di sebuah kedai makan di Rompin.

“Berdasarkan keterangan mangsa, polis mengesan kelima-lima suspek kira-kira pukul 12 tengah hari pada hari sama dan menemukan sotong serta wang tunai RM1,700 di Nenasi, Pekan dekat sini.

“Semua suspek termasuk dua beranak direman sehingga 30 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun dan peras ugut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN