KUANTAN 26 Okt. -Seorang pegawai kanan sebuah agensi penguatkuasaan berpangkat leftenan bersama adik dan abangnya antara lima ditahan polis kerana melakukan rompakan sotong bersenjata di perairan Rompin, dekat sini kelmarin. AZLI MOHD. NOOR Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, mangsa seorang peniaga berusia 44 tahun menerima panggilan telefon daripada tekong bot miliknya pada pukul 3.14 pagi memaklumkan dia diugut dengan diacukan sepucuk pistol. “Tekong memaklumkan bot…










