LUMRAH seorang wanita sememangnya gemarkan sesuatu yang cantik. Perkara itu tidak boleh dinafikan sesiapa. Begitu juga dengan Kamalia Azra Kamarul Azhar yang menyifatkan dirinya obses dengan bersolek. Katanya, minat terhadap dunia solekan mula timbul dalam dirinya sejak berusia 16 tahun. “Pada awal usia remaja, saya hanya menyapu gincu. Tetapi lama-kelamaan, saya suka mencuba sesuatu yang baharu. Akhirnya, saya dapati saya gemar mengumpul peralatan solek daripada pelbagai jenama,” katanya kepada S2. Walaupun gemar bersolek, Kamalia Azra sebenarnya begitu menggemari tatarias yang sederhana dan natural. Solekan yang tidak terlalu tebal menjadi pilihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya