Sokongan suami penting - Utusan Malaysia

Sokongan suami penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Okt. – Sokongan keluarga khusus­nya suami memainkan pe­ranan penting bagi memastikan proses kelahiran bayi selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan Wanita dan Pelancong­an negeri, Liow Cai Tung berkata, wanita mengandung dan akan melalui proses kelahiran bukan sahaja perlu mendapat sokongan moral, malah lebih penting suami mengambil inisiatif untuk menghantar mereka ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Perlu diingatkan wanita adalah tulang belakang keluarga. Jadi, dalam proses kelahiran, kita perlu memastikan mereka menjalani proses tersebut de­ngan selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Banyak unsur yang menyum­bang terhadap kelahiran tidak selamat seperti kurangnya ke­sedaran ibu tentang proses tersebut. Apa yang ibu patut buat atau tidak dan contohnya suami tidak mahu menghantar isteri untuk bersalin di hospital dan keupayaan untuk pergi ke klinik dan sebagainya,” kata Cai Tung yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Johor Jaya semasa merasmikan Seminar Kelahiran Selamat daripada Perspektif Kesihatan dan Maqasid Syariah di Hospital Sultan Ismail di sini semalam.

Menurutnya, selain itu faktor yang menyumbang kelahiran tidak selamat adalah ibu tersebut lebih percaya terhadap sumber yang tidak betul termasuk daripada orang berpenge­tahuan tinggi yang mendapat maklumat dari luar negara, tetapi tidak serasi dengan persekitaran dan perkhidmatan sedia ada.

Pada masa kini perkhidmatan penjagaan ibu bersalin boleh didapati di mana-mana hospital kerajaan atau swasta dan terse­rah kepada mereka untuk memi­lih yang terbaik, katanya.

Beliau berharap peserta seminar tersebut dapat memahami dan mengetahui kepentingan kelahiran selamat, mengenal pasti faktor risiko dan komplikasi serta memahami konsep maqasid syariah berdasarkan perubatan moden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini