Sokong petisyen bantah ratifikasi ICERD - Asyraf - Utusan Malaysia

Sokong petisyen bantah ratifikasi ICERD – Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Rakyat Malaysia perlu membantah pendekatan kerajaan Pakatan Harapan dalam meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan membelakangi Majlis Raja-Raja Melayu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cubaan ratifikasi itu perlu dibantah tanpa mengadakan perdebatan dan perundingan awam selain mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu terlebih dahulu.

Justeru, beliau mengajak semua pihak tanpa mengira ideologi parti untuk bersama-rama membantah tindakan tersebut dan menandatangani petisyen bantahan terhadap cubaan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mohon semua sahabat-sahabat tanpa mengira ideologi parti bersama-sama membantah dengan menandatangani petisyen bantahan di di https://chn.ge/2OKfHgU,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy bahawa kerajaan akan meratifikasikan ICERD pada suku pertama tahun depan.

Berdasarkan petisyen yang disebarkan melalui whatsapp itu menyatakan takrif, definisi dan skop diskriminasi kaum di bawah ICERD sangat luas di mana segala bentuk, bersifat diskriminasi di negara ini termasuk hak istimewa, politik dan undang-undang perlu dihapuskan.

“Definisi dan skop ICERD bertentangan serta bercanggah dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia yang memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Oleh itu, kami menolak/membantah ratifikasi ICERD kerana bercanggah dengan Perlembagaan selain (menyaksikan) penghapusan institusi Mara, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebagainya. (Selain itu) Perundingan Awam perlu dilakukan serta perlu memperoleh perkenan Majlis Raja-Raja (terlebih dahulu),” kata petisyen itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini