KUALA LUMPUR 25 Dis. – Rakyat Malaysia perlu membantah pendekatan kerajaan Pakatan Harapan dalam meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan membelakangi Majlis Raja-Raja Melayu. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cubaan ratifikasi itu perlu dibantah tanpa mengadakan perdebatan dan perundingan awam selain mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu terlebih dahulu. Justeru, beliau mengajak semua pihak tanpa mengira ideologi…










