SMKA Durian Guling juara Taekwondo Kebangsaan Durling 2018 - Utusan Malaysia

SMKA Durian Guling juara Taekwondo Kebangsaan Durling 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 30 Okt. – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling muncul sebagai johan keseluruhan Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Durling 2018 yang berlangsung di sini selama dua hari mulai Jumaat lalu.

Sekolah itu di mana taekwondo menjadi sukan kebitaraan di bawah program Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)   memperlihatkan penguasaannya dengan menjuarai kategori sekolah menengah (perempuan) selain menduduki  tempat ketiga kategori sekolah menengah (lelaki).

Dalam kejohanan kali pertama itu yang berlangsung di SMKA Durian Guling,  johan keseluruhan bagi kategori sekolah rendah disandang oleh  Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan.

Bagi kategori sekolah rendah (lelaki), Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 2 muncul sebagai johan, diikuti SK Gong Badak (naib johan) dan SK Tok Motong (ketiga).

Johan bagi kategori sekolah rendah (perempuan) pula menjadi milik SK Wakaf Mempelam disusuli SK Kubang Ikan (naib juara) dan SK Sultan Sulaiman 1 (ketiga).

SMKA Wataniah muncul johan kategori sekolah menengah (lelaki) diikuti SMKA Melor (naibjuara) dan SMKA Durian Guling (ketiga) manakala naib juara bagi sekolah menengah (perempuan) diraih oleh UiTM Machang manakala SMK Chalok di tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan negeri, Ngah Bidin. Yang turut hadir, Pengetua SMKA Durian Guling, Salleh Ab. Bakar.

Dalam pada itu, Pengerusi Teknikal kejohanan itu, ‘Master’ Mohamad Salihin Siew Hin Abdullah berkata, kejohanan itu disertai 565 peserta melibatkan 146 sekolah menengah dan rendah serta pusat pengajian tinggi dari Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Beliau yang juga jurulatih taekwondo Sekolah Sukan Negeri Terengganu memberitahu, penganjur bercadang mengadakan kejohanan ini sebagai acara tahunan ekoran sambutan memberangsangkan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN