SL1M diteruskan dengan nama baharu - Utusan Malaysia

SL1M diteruskan dengan nama baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, walau bagaimanapun ia bakal dijenamakan semula dengan inisiatif dan fokus baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“SL1M akan diteruskan dengan pendekatan baharu yang lebih mantap. Kita hendak jenama semula sebab kita tidak mahu nama 1Malaysia.

“Tapi apa sekalipun skim yang ada, kita cuba wujudkan seboleh mungkin untuk memastikan misi dan visi kementerian tercapai,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Biz Challenge 2018 di Mercu UEM di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi PUNB, Datuk Hazimah Zainuddin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Jammi Abdul Karim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN