SKUAD negara bukan tandingan buat Thailand apabila kecundang mudah 0-2 pada perlawanan akhir acara berpasukan Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand edisi ke-33 di Pusat Beli-belah Terminal 21, Korat semalam. Trio Said Ezwan Said De (tekong), Fadzil Mustapa (perejam) dan Azwan Muhrim (pengumpan) membuka langkah longlai regu pertama negara setelah tewas 12-21, 17-21 kepada Kritsanapong Nonthakote, Anuwat Chaichana dan Assadin Wongyota. Nasib sama juga menimpa Hairul Hazizi Haidzir, Khairol…










