SK Kampung Baru layak Patrol Denggi kebangsaan - Utusan Malaysia

SK Kampung Baru layak Patrol Denggi kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Bintulu terpilih mewakili Sarawak dalam pertandingan Patrol Denggi peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Guru Besar SK Kampung Baru Bintulu, Caroline Jelenie Chuat berkata, kepelbagaian aktiviti dan penglibatan aktif pasukannya dalam program pencegahan dan pengawalan demam denggi menjadi faktor penyumbang utama kejayaan itu.

“Pasukan sekolah kami giat mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah lain di sekitar Bintulu, membuat persembahan di majlis terbuka dan menyebarluaskan maklumat membanteras denggi di kawasan tumpuan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Program Patrol Denggi bertujuan mendidik dan menyemai nilai tanggungjawab dalam diri pelajar sejak muda supaya memahami risiko denggi dan bagaimana menanganinya.

Selain itu, program ini juga memperkasa murid-murid sekolah yang mudah terdedah akan risiko denggi dengan mengambil langkah proaktif pencegahan dan juga sebagai duta berpengaruh di dalam komuniti mereka.

Pertandingan Program Dengue Patrol 2018 peringkat kebangsaan yang melibatkan sekolah rendah dan menengah itu menawarkan hadiah RM5,000 berserta trofi untuk johan, diikuti RM3,000 (naib johan), RM2,000 (ketiga), RM1,000 (keempat) dan RM800 (kelima).

Caroline Jelenie turut menyatakan harapan agar misi membanteras wabak denggi ini dapat dipupuk untuk menyelamatkan keluarga dan masyarakat dengan menitikberatkan aspek kebersihan bukan saja di sekolah, malah murid-murid diminta mengamalkannya sepanjang masa termasuk di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN