Siapa untung jumlah ahli PKR naik mendadak ? - Utusan Malaysia

Siapa untung jumlah ahli PKR naik mendadak ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK bulan Jun iaitu sebelum bermulanya pemilihan PKR, keahlian parti itu naik mendadak sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan calon yang bertand­ing. Pe­ningkatan mendadak itu menyebabkan keputusan pemilihan PKR tidak boleh diduga dan apa pun boleh terjadi termasuk kemenangan individu yang tidak popular.

Antara tarikh 6 Jun hingga 25 Jun, terdapat 221,019 orang menyertai parti itu.

Dalam tempoh itu, PKR Se­langor mendapat bilangan anggota baharu terbesar iaitu 62,837 orang, mewakili kenaikan 35.33 peratus. Ini diikuti PKR Sabah, yang merekrut 39,319 ahli baharu atau peningkatan sebanyak 40.74 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga kini, di Selangor, sebanyak 240,671 didaftarkan manakala di Sabah, 135,829 ahli baharu yang layak me­ngundi didaftarkan.

Di Julau, Sarawak, ahli PKR bertambah daripada 603 orang pada 26 Jun kepada 13,000 orang ahli keesokan harinya.

Faktor yang membuatkan peningkatan ahli secara mendadak parti itu masih tidak dapat diketahui.

Ada yang mengatakan fak­tor itu disebabkan oleh kedudukan Presiden PKR yang menang tanpa bertan­ding, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau dinamakan sebagai Perdana Menteri kelapan telah mempengaruhi situasi itu.

Ada juga yang melihat kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu sebagai faktor utama orang ramai berlumba-lumba menjadi ahli parti itu.

Persoalannya, adakah si­tua­si tersebut akan mempe­ngaruhi pola pengundian pemilihan parti itu atau coraknya masih sama seperti dahulu?

Jawapannya akan kita ketahui apabila keputusan penuh pemilihan PKR diumumkan pada pertengahan November nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini