LONDON 19 Okt. – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho akan kembali ke bekas kelab lamanya esok dengan sasaran untuk menyekat keadaan menjadi lebih buruk menentang Chelsea yang bermain dengan senyuman di wajah mereka sejak berada di bawah bimbingan Maurizio Sarri.
United bangkit daripada ketinggalan 0-2 kepada Newcastle di laman sendiri, untuk mencipta kemenangan 3-2, dua minggu lalu, sekali gus mengelakan Mourinho daripada dipecat.
Namun, mereka kini mula memasuki jadual perlawanan yang lebih mencabar termasuk dua pertemuan menentang J uventus dan kunjungan ke pasukan juara Liga Perdana, Manchester City yang bakal menentukan sama ada membawa kepada kejatuhan atau sebaliknya.
United keciciran tujuh mata di belakang Chelsea, yang kini berkongsi 20 mata di kedudukan teratas carta Liga Perdana dengan City dan Liverpool.
Sarri memperkenakan gaya bola sepak menarik dan menghasilkan kemenangan Chelsea.
“Terdapat detik meyakinkan anda agar sebarang sesalan diletak ketepi, walaupun anda dibolosi pada minit terakhir perlawanan. Pertemuan menentang Liverpool luar biasa, (Jurgen) Klopp memandang saya ketika perlawanan masih berlangsung.
“Saya bertanya: ‘Mengapa anda tersenyum?’ Jawabnya: ‘Anda tidak seronokkah?’ Saya berkata: ‘Sangat seronok dan dia jawab: ‘Saya juga’. Sedangkan ketika itu, pasukannya ketinggalan, Kami berpeluk seperti dua sahabat kata Sarri kepada akhbar r Itali, Corriere dello Sport . – AFP










