KUALA LUMPUR – Pesta beli-belah dalam talian nombor satu di rantau ini, Shopee 11.11 Big Sale yang akan bermula pada 25 Oktober ini hingga 11 November depan boleh diibaratkan sebagai durian runtuh buat pembeli setianya.
Berikutan kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day pada September lalu, kini Shopee 11.11 Big Sale pula kembali sedia memukau para pembeli dengan tawaran perbelanjaan minimum, penghantaran percuma dan pembelian barangan terendah.
Shopee adalah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan serta ia direka khusus untuk rantau ini bagi memberi pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat serta cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik kukuh.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Shopee menganjurkan pesta beli-belah itu pada kali ketiga dan ia turut akan menjadi acara terbesar yang pernah syarikat itu anjurkan sehingga kini.
“Kami rasa bangga untuk berdiri teguh bersama kira-kira 50 jenama tempatan terkenal yang turut setuju untuk mengecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada pesta beli-belah kali ini.
“Dengan pelbagai promosi menarik yang dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna, kami mempelawa semua pembeli untuk merebut tawaran hebat di Shopee 11.11 Big Sale ini,” katanya.
Ian berkata demikian pada majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale yang berlangsung di puasat beli-belah Lot 10 di sini hari ini.
Pada majlis pelancaran yang sama Ho turut menandatangani MoU persefahaman dengan enam wakil jenama.
Shopee 11.11 Big Sale kali ini, menyaksikan Shopee berganding bahu dengan lebih 50 jenama antaranya L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo, Tefal dan Maybelline yang bantu menyerap kos SST bagi lebih 1,000 produk yang membolehkan para pembeli menjimat apabila membeli barangan kegemaran mereka.
Apa yang lebih menarik adalah jenama seumpama Watsons, Mr DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan lain-lain lagi juga tampil menyediakan penghantaran percuma untuk pembelian minimum sebanyak RM11.
Bukan itu sahaja, para pembeli juga boleh membeli beratus-ratus barangan pada harga serendah RM1.10 melalui Jualan Kilat iaitu Shocking Sale.
Untuk maklumat lanjut layari laman web www.shopee.com.my/1111 dan muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play. – K! ONLINE











