Shahnaz gagal tuntutan RM500 juta - Utusan Malaysia

Shahnaz gagal tuntutan RM500 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak tuntutan harta sepencarian bernilai RM500 juta oleh kakak penyanyi, Datuk Sheila Majid, Shahnaz Abdul Majid terhadap bekas suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.

Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar yang membuat keputusan itu bagaimanapun me­nyatakan, Shahnaz selaku pihak pemohon boleh memfailkan semula permohonan baharu tuntutan tersebut.

SHAHNAZ ABDUL MAJID
SHAHNAZ ABDUL MAJID 

Beliau menolak permohonan Shah­naz atas alasan tuntutan harta sepencarian itu tidak mengandu­ngi beberapa butiran lengkap.

“Kes ini telah difailkan sejak tujuh tahun lalu namun sehingga hari ini permohonan ini tidak lengkap. Sebarang dakwaan yang dikemukakan perlu lengkap, jelas dan terperinci.

“Berdasarkan nas undang-undang, mahkamah ini boleh membatalkan tuntutan ini dengan kebebasan untuk memfailkannya semula,” katanya.

Peguam-peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader dan Dr. Mohd. Rafie Mohd. Shafie yang mewakili Shahnaz memberitahu pemberita sejurus selepas prosi­ding, pihaknya akan memfailkan permohonan baharu.

Menurut Mohd. Rafie, pihak­nya tidak dapat mengemukakan semua butiran dalam permohonan tersebut kerana akan menyebabkan permohonan terlalu tebal sebaliknya akan mengemukakan bukti-bukti berkaitan semasa perbicaraan.

Sementara itu, Akberdin memberitahu pemberita, permohonan baharu itu melibatkan isu interpretasi sama ada butir-butir tuntutan itu adalah lengkap atau tidak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN