Shahidan pertimbang ambil tindakan pihak terus sebar dakwaan cabul - Utusan Malaysia

Shahidan pertimbang ambil tindakan pihak terus sebar dakwaan cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan perbincangan bersama peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menyebarkan dakwaan beliau mencabul seorang remaja perempuan di Perlis baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Arau itu lagi, beliau juga tertanya-tanya bagaimana dakwaan tersebut boleh tersebar dan tular sedangkan laporan polis sudah ditarik balik oleh keluarga remaja perempuan tersebut.

“Saya akan berbincang dengan peguam berkenaan untuk mengambil tindakan undang-undang tapi sudah pasti saya tidak akan berdiam diri.

“Kes ini sudah ditarik balik tetapi yang membukanya semula adalah pihak media. Ini merupakan penganiayaan terhadap keluarga ini, biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Semalam, Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman dilapor telah merakamkan keterangan Shahidan selama enam jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang remaja perempuan di Perlis baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN