KUALA LUMPUR 11 Okt. – Maxis Bhd. sehingga hari ini telah menerima lebih daripada 40,000 pelanggan baharu dan sedia ada yang menaik taraf ke pelan jalur lebar fiber berkelajuan tinggi yang dilancarkan pada Ogos lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Robert Nason berkata, sebagai sebahagian daripada proses pemasangan, seramai 600 kakitangan Maxis berkumpul untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘Fibrenation Bos Swap’. “Dalam tempoh dua hari akan datang, kakitangan Maxis akan membantu pelanggan menaik taraf router WiFi termasuk melawat sebanyak 1,500 kediaman dan perniagaan di seluruh negara untuk memberikan pengalaman internet baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya