Sepuluh peniaga dikompaun guna alat timbang tidak tentusahkan - Utusan Malaysia

Sepuluh peniaga dikompaun guna alat timbang tidak tentusahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 10 peniaga di Pasar Borong Selangor, dekat sini dikenakan kompaun selepas didapati menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak diperakui sah oleh Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. (MCM) serta tidak meletakkan tanda harga ketika satu operasi pihak berkuasa pagi tadi.

Operasi oleh sepasukan anggota dan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bersama beberapa pegawai daripada MCM dilakukan kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, serbuan tersebut dilakukan secara mengejut selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai kegiatan segelintir peniaga yang menipu pelanggan ketika berurus niaga.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati, enam peniaga yang terdiri daripada peniaga barangan basah, buah-buahan dan sayur-sayuran menggunakan alat timbang yang telah tamat tempoh penentusahannya.

“Manakala, empat lagi peniaga dikompaun kerana mereka tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual. Jumlah keseluruhan kompuan yang dikeluarkan kepada 10 peniaga terbabit adalah berjumlah RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, enam peniaga akan disiasat mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan dan boleh didenda RM4,000 atau tiga tahun penjara.

“Sementara itu, bagi kesalahan gagal mempamerkan tanda harga akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menggesa orang ramai supaya melaporkan sekiranya menjumpai atau mengesyaki mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan supaya tindakan lanjut boleh diambil dan mengelakkan kegiatan penipuan berleluasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN