SHAH ALAM – Seramai 10 peniaga di Pasar Borong Selangor, dekat sini dikenakan kompaun selepas didapati menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak diperakui sah oleh Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. (MCM) serta tidak meletakkan tanda harga ketika satu operasi pihak berkuasa pagi tadi. Operasi oleh sepasukan anggota dan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bersama beberapa pegawai daripada MCM dilakukan kira-kira pukul 8 pagi.…










