KUALA LUMPUR 1 Okt. – Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang telah dipindahkan setelah terperangkap dalam kejadian gempa bumi di bandar Palu, Sulawesi, selamat tiba ke tanah air, hari ini. Perkara itu disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menerusi hantaran di akaun Twitter rasmi kedutaan berkenaan. Menurut kedutaan itu, Dr. Farah Liana Basri selamat tiba di Kuala Lumpur menerusi penerbangan AirAsia pada pukul 4.30 pagi (waktu Malaysia). Jelas kedutaan…










