TEXAS 25 Okt. – Para penyelidik menemukan senjata tertua berusia kira-kira 15,500 tahun di Texas, Amerika Utara dalam penemuan yang disifatkan mampu mengubah semula fakta sejarah tentang kedatangan manusia pertama ke benua itu. Penemuan sejumlah senjata di lokasi kira-kira 64.3 kilometer di barat laut Austin itu menunjukkan terdapat dua kumpulan pendatang berasingan ke Amerika Utara, salah satunya lebih awal daripada kumpulan sebelum ini yang diketahui umum sebagai manusia purba Clovis.…










