MASJID Kampung Teluk Memali yang siap dibaik pulih selepas dipindahkan dari Kampung Gajah ke Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak diserahkan secara rasminya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) baru-baru ini. Masjid yang menjangkau usia 108 tahun itu menjalani proses pemuliharaan semula yang diterajui firma seni bina, ATSA Architects bagi memastikan keutuhan bangunan warisan tersebut mampu bertahan selama 100 tahun lagi. ATSA Architects turut bekerjasama dengan arkitek Masjid…










