KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan semua pemainnya masih dalam tempoh percubaan untuk mencari ramuan terbaik meskipun mereka telah menunjukkan petanda positif ketika menundukkan Sri Lanka 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sugathadasa, Colombo kelmarin. Pada aksi tersebut, skuad Harimau Malaya terlebih dahulu dibolosi jaringan pasukan tuan rumah menerusi sentuhan Subash Madushan pada minit ke-29. Malaysia kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sentuhan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-62 dan Adam Nor Azlin meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-76. Penantian untuk menyaksikan pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya