Seminit puting beliung terbangkan bumbung rumah - Utusan Malaysia

Seminit puting beliung terbangkan bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 24 Okt. – Sembilan sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan berdepan saat cemas apabila bumbung dapur rumah mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian puting beliung di Kampung Alor Melintang, dekat sini petang tadi.

Mangsa terselamat
Nor’adzian bersama seorang cucunya berusia 10 bulan yang terselamat dalam kejadian puting beliung di Kampung Alor Melintang, Alor Setar, petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika lapan ahli keluarga tersebut berada di ruang tamu rumah manakala seorang lagi di dapur.

Mangsa, Nor’adzian Abd. Majid, 57, berkata, angin kencang bersama puting beliung itu datang dari arah belakang rumahnya lebih satu minit sahaja namun menerbangkan bumbung dapur rumahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, saya bersama empat orang anak berusia antara 20 hingga 35 tahun, tiga cucu berusia 10 bulan hingga empat tahun dan seorang menantu berusia 27 tahun terkejut apabila mendengar bunyi puting beliuang yang kuat dan menakutkan.

“Selepas itu bumbung dapur rumah saya diterbangkan angin kencang sebelum tersangkut pada sebatang pokok mempelam sejauh kira-kira tiga meter,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Nor’adzian yang merupakan ibu tunggal berkata, rumahnya terletak di kawasan sawah padi dan sebelum ini selalu berlaku angin kencang tetapi tidak menjejaskan rumahnya.

“Saya bersyukur ahli keluarga saya terselamat dalam kejadian puting beliung itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam (APM) Kota setar, Mohd. Zain Bahrum berkata memberitahu, setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan sebuah rumah sahaja yang mengalami kerosakan dalam kejadian puting beliung tersebut.

“Seramai empat anggota APM dari daerah Kota Setar bergegas ke tempat kejadian untuk membantu kerja-kerja susulan selepas kejadian itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini