HAMPIR setiap hari dalam tempoh seminggu di Port Dickson, saya berkayuh basikal dan singgah di gerai untuk bersarapan. Peluang yang ada saya gunakan untuk berbual dengan orang ramai bagi memahami dan mendalami politik setempat. Pada kebanyakan masa juga mereka akan belanja saya sarapan, itu bahagian paling saya suka tentang Port Dickson. Ha ha ha. Makannya lazat, harga berpatutan, penduduknya peramah. Satu hal yang saya pelajari, penduduk Port Dickson kurang gemar…










