Semarakkan tulisan jawi - Maszlee - Utusan Malaysia

Semarakkan tulisan jawi – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 20 Okt. – Semua pihak perlu menyemarakkan semula tulisan jawi kerana boleh dianggap sebagai tulisan rasmi kedua negara selepas rumi yang digunakan sebagai tulisan utama sejak abad ke-14.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, terdapat lebih 10,000 manuskrip Melayu klasik bertulisan jawi dalam pelbagai bidang di pelbagai institusi dalam dan luar negara termasuk di England, Belanda, Amerika Syarikat, Rusia, Jerman, Perancis dan India.

Menurutnya, penyelidikan terhadap manuskrip itu perlu diperbanyak untuk menggali ilmu yang terdapat dalamnya dan disesuaikan pula dengan perkembangan ilmu pada masa ini.

“Penulisan pelbagai bidang ilmu dalam tulisan jawi boleh diteruskan jika mendapat sokongan semua pihak. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil tanggungjawab sosial untuk menerbitkan bahan bacaan bertulisan jawi.

“Penerbitan Utusan Melayu bertulisan jawi sebagai sisipan juga dilihat sebagai suatu usaha positif dalam menyemarakkan semula tulisan jawi. Semoga usaha murni ini dicontohi oleh akhbar-akhbar lain,” katanya ketika merasmikan Karnival Semarak Jawi 2018 di Sungai Balang, sebentar tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan, Datuk Jamil Rakon.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah PNM, Datuk Nafisah Ahmad dan Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Dr. Rusmadi Baharudin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN