Selesai isu lesen, modal - Utusan Malaysia

Selesai isu lesen, modal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 25 Okt. – KEadaan gerai yang usang dan tidak teratur serta peniaga tanpa lesen sah antara isu yang tidak pernah selesai dan berterusan sehingga ke hari ini di kawasan Dewan Undangan Seri Setia, di sini

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang 1 dan 2, baru-baru ini mendapati ma­salah itu membelenggu peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada 90 peratus Bumiputera.

Rata-rata yang ditemui mahu wakil rakyat Seri Setia, Halimey Abu Bakar benar-benar mengotakan janjinya untuk membela nasib mereka.

Peniaga mendakwa dalam tempoh hampir sedekad perniagaan yang dijalankan, ia ma­sih ditakuk lama.

Seorang peniaga, Mohd. Shuk­­ri Mohd. Zahid, 27, berkata, da­lam tempoh itu tiada sebarang usaha diambil pihak berwajib untuk membela nasib mereka.

Menurutnya, peniaga ter­pak­sa meneruskan perniagaan da­­lam keadaan serba daif di te­pi-tepi jalan utama dan berhampiran tempat letak ken­deraan awam.

Menurutnya, lebih menimbul kan rasa terkilan permohonan mereka untuk mendapatkan lesen sah daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak 2006 ditolak.

“Kami bergantung sepenuh­nya kepada perniagaan untuk menyara keluarga. Sudah tentu kami inginkan tempat yang lebih selesa dan mempunyai lesen sah,” katanya ketika ditemui Utu­san Malaysia di sini.

Kata Mohd. Shukri, pembinaan medan selera di kawasan itu perlu bagi memastikan aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan teratur, bersih dan selamat.

Turut meluahkan perasaan sama Siti Nur Soleha Adam Malik, 39.

Katanya, beberapa tahun lalu pihak berkuasa tempatan itu ada meminta senarai peniaga kecil dan sederhana bagi tujuan permohonan le­sen namun sehingga hari ini statusnya masih belum diketahui.

Bagi Ramli Baharun, 63, pula berharap agar Halimey dapat membantu warga emas sepertinya yang masih mempunyai minat dan keupayaan untuk berniaga demi meneruskan ke-langsungan hidup.

“Minat berniaga tidak pernah padam dalam diri saya, tetapi kerana kekurangan mo-dal hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

“Saya pernah menjual air kelapa di kawasan perumahan, di sini, tetapi barang perniagaan dirampas atas alasan berniaga secara haram,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN