Selamatkan lereng bukit - Utusan Malaysia

Selamatkan lereng bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 25 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang didesak memulihara dan menyelamatkan beberapa kawasan lereng bukit yang terdedah di seluruh negeri ini dengan segera.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penang Forum dan Pe­nang Hill Watch dalam kenya­taan bersama di sini hari ini berkata, kerajaan negeri juga perlu menyelesaikan segera masalah banjir bagi mengelak tragedi lebih buruk pada masa depan.

Menurut mereka, beberapa kawasan bukit dalam laluan antara Jalan Tun Sardon me­nuju ke Balik Pulau di sini, dikesan mengalami runtuhan tanah yang serius sama ada disebabkan faktor tebus guna tanah atau kejadian semula jadi.

“Apa yang membimbangkan, keadaan runtuhan tanah itu tidak ditutup atau dipulihara dengan sempurna dengan ada yang ha­nya ditutup dengan kain kanvas.

“Sedangkan laluan itu merupakan jalan utama yang digunakan penduduk setiap hari sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, kedua-dua NGO berkenaan turut mendesak kerajaan negeri mengambil kira faktor perubahan iklim dan cuaca di negeri ini dalam meluluskan projek khususnya di kawasan berisiko alam sekitar.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak boleh sewenang-we­nang­nya meluluskan projek seperti di lereng bukit dan kemudian menyalahkan keadaan cuaca seperti hujan lebat apabila berlakunya bencana seperti tanah runtuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN