KUALA LUMPUR – Penyanyi Elyana dimasukkan ke sebuah hospital selepas sel kanser Limfoma yang dihidapinya sudah mula merebak ke bahagian tulang belakang. Menurut pembantunya, Khairul Hussin, Elyana mula mengalami sakit belakang sejak seminggu lalu sehingga membuatkan dirinya sukar untuk berjalan. Namun sebelum merujuk ke hospital, Elyana ada berusaha dengan cara tradisional iaitu berurut selain mengambil ubat tetapi sakitnya tidak surut malah menjadi lebih teruk. “Elyana dimasukkan ke hospital sejak Isnin…










