Sejak PH menang, laporan rasuah tidak kerap - PM - Utusan Malaysia

Sejak PH menang, laporan rasuah tidak kerap – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Sejak Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tuduhan dan dakwaan berlakunya rasuah membabitkan jentera kerajaan baharu tidak kerap berbanding pemerintah sebelum ini.

Katanya, ia petanda baik bahawa mesej yang ditekankan kepada masyarakat untuk membasmi rasuah mula membuahkan kesan.

“Kita mendapati, tuduhan dan dakwaan mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak lagi kerap seperti sebelum ini.

“Rakyat kena tahu rasuah adalah jenayah dan jangan sesekali cuba memberi rasuah kepada anggota kerajaan untuk mendapat apa-apa habuan,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Antirasuah 2018 di sini hari ini.

Selepas itu ketika bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir mendedahkan terdapat sebuah syarikat yang ingin memberikan derma sebanyak RM100 juta kepada Tabung Harapan yang dilancarkan oleh kerajaan, namun menolak pemberian itu kerana melihat ia boleh mendorong berlakunya rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan menyebut nama syarikat tersebut selain menjelaskan penolakan itu adalah antara komitmen kerajaan dalam menghentikan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN