JEDDAH, Arab Saudi 17 Okt. – Pengendali sementara Argentina, Lionel Scaloni gembira dengan aksi pasukannya ketika menentang Brazil, meskipun tewas 0-1.
Miranda menjadi wira Brazil dalam aksi Superclasico de las Americas selepas menanduk masuk sepakan penjuru Neymar pada masa kecederaan.
Perlawanan itu merupakan kali pertama Argentina beraksi tanpa kehadiran beberapa pemain termasuk Lionel Messi, Giovani Lo Celso dan Paulo Dybala selepas Scolani bertindak membariskan pemain-pemain muda bagi menggalas cabaran itu.
“Dengan aksi seperti ini, kami mampu menguasai dunia pada masa akan datang.
“Keputusan malam ini bukan perkara itu tetapi ia tidak bermakna kami tidak kecewa kalah seperti ini.
“Aksi yang ditampilkan pemain malam ini sangat menarik, mereka menunjukkan kesungguhan mereka.
“Mereka setaraf dengan pasukan yang lebih baik daripada kami. Saya teruja dengan aksi yang ditampilkan pemain malam ini,” kata Scolani.-AGENSI











