"Saya memang jangka kalah di Selangor” - Rafizi - Utusan Malaysia

“Saya memang jangka kalah di Selangor” – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata beliau telah menjangka keputusan pemilihan di Selangor tidak berpihak kepadanya.


Rafizi
 

Calon Ketua Cabang Pandan itu juga mengakui peluangnya berbanding pencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ialah 55:45. 


“Tetapi apa yang mengejutkan ialah margin peratusan kekalahan saya, jika ikutkan Selangor sebagai kubu kuat saudara Azmin, saya sepatutnya telah kalah 5,000 undi, tetapi saya masih bertahan dengan kalah tipis 1,000 undi, ini satu petanda baik,” katanya. 


Sehingga 11.40 malam tadi dilaporkan (Malaysiakini) tanpa keputusan di Melaka dan Negeri Sembilan, Mohd Rafizi mendahului Mohamed Azmin dengan kelebihan 963 undi selepas 11 negeri di Semenanjung selesai menjalankan proses pemilihan. 


Keputusan undian itu termasuk 16 cabang di Selangor menunjukkan Mohd Rafizi memperoleh 40,853 undi manakala Mohamad Azmin 39, 890 undi. 


Baki enam cabang di Selangor melaksanakan proses pemilihan hari ini melibatkan cabang Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat. – BERNAMA 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN